RESOLUSI SEMINAR MASA DEPAN DEMOKRASI DAN GERAKAN ISLAM DI NUSANTARA
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha
Penyayang
RESOLUSI SEMINAR MASA DEPAN
DEMOKRASI DAN GERAKAN ISLAM DI NUSANTARA
Anjuaran
SEKRETARIAT
HIMPUNAN ULAMA RANTAU ASIA (SHURA)
Dengan kerjasama
TERAS Pengupayaan
Melayu
Jamaah Islah
Malaysia
20 Jamadil Akhir 1425H bersamaan 7 hb Ogos
2004
Di Anjung Rahmat, Gombak, Kuala Lumpur.
BERASASKAN
petunjuk dari Firman Allah:
Surah
Syura : 38
Surah
Al-Imran: 159
KAMI perwakilan dan peserta seramai 150
orang yang hadir dan berpartisipasi dalam Seminar Masa Depan Demokrasi dan
Gerakan Islam di Nusantara pada 7 hb Ogos 2004 bersamaan 20 Jamadil Akhir 1425H
terdiri dari wakil berbagai organisasi Islam , badan bukan kerajaan (NGO) serta
aktivis Islam dari kalangan ulama’, ahli akademik, cendekiawan, ahli politik ,
ahli professional, mahasiswa dan wartawan dari beberapa Negara iaitu Malaysia,
Indonesia, Singapura, Thailand dan
Kemboja telah berbahas, mengkaji dan menilai kedudukan umat Islam dalam
isu demokrasi dan peranan gerakan Islam telah merumuskan pendirian seperti
berikut:
MENYEDARI realiti umat Islam yang rata-rata
sedang berada dalam situasi yang amat meruncing akibat dari manipulasi politik
dan cengkaman sistem kenegaraan dan pemerintahan dunia yang mencabul hak umat
untuk melaksanakan sistem Islam dalam hal kepimpinan dan tadbir urus
(governance) nya sendiri .Sementara itu pula umat dibelenggu oleh kedangkalan
fahaman politik, terperangkap dengan politik feudal serta terkonkong dengan aktivisme
politik sempit dan retorik kosong ;
MENYEDARI bahawa skop
perbincangan masa depan umat Islam harus merangkumi persoalan :
- Bentuk masa depan yang mungkin
direalisasikan ditengah-tengah kelemahan, kemunduran dan kemiskinan umat
yang berleluasa masa kini .
- Masa depan yang diharapkan oleh umat
Islam dan warga masyarakat Asia dikalangan mereka yang insaf, para
politikus muslim yang ikhlas dan komited serta ulama Islam muktabar yang
prihatin untuk mengubah realiti umat .
- Masa depan yang cuba dirancang oleh
pakar-pakar strategi dari golongan pelampau kanan Judo-Kristien, Neo
Conservatives dan lain lain institusi khususnya di Amerika dan Barat
umumnya, seperti Rand Corporation, Huntington dan lain-lain.
- Masa depan yang cuba dilakar dan
dirancang oleh golongan liberal,
modernis, sekular dan kelompok kafir.
MEMAHAMI betapa demokrasi yang diadoptasi bulat-bulat
dari Barat yang memisahkan agama dan nilai akhlaq dari politik akan mendedahkan
umat kepada kebusukan dan kejelekan politik yang hina , sarat dengan kekotoran
budaya fitnah , rendah akhlaq dan mengkhianati amanah rakyat ;
MENGINSAFI betapa Gerakan Islam mempunyai
peranan yang amat besar dalam usha pembaikan nasib umat melalui proses pemurnian sistem demokrasi dengan
memanifestasikan ciri–ciri penting
sebagai sebuah jamaah Islam yang boleh dicontohi transformasional iaitu
bercitrakan Islam dalam seluruh kata-kata dan tindakan, bertunjang dan
berpaksikan tauhid dan akhlaq dalam setiap gerakerjanya, bersifat keantarabangsaan
dan mengutamakan solidariti persaudaran sesama Islam dalam menangani isu umat, berbasis
massa dan kerakyatan, bebas dari politik berkepentingan tetapi konsisten dengan
prinsip dan wawasan Islam, berciri dan berasaskan ilmu dan penghayatan ilmu
dalam mesejnya, berfungsi sebagai badan dakwah yang mengambil pendekatan wasatiah
dan penuh sinergi untuk merubah keadaan umat ini ;
MENYEDARI bahawa di negara maju, amalan
demokrasi dengan sistem yang terbuka dan telus dan umumnya adil telah
memungkinkan rakyat mendedahkan kepalsuan dan kepincangan kepimpinan negara
dengan lebih terbuka tanpa rasa takut ;
MEMAHAMI perjalanan sistem dan amalan
demokrasi di beberapa negara serantau juga mempunyai kekuatan tersendiri dan
memungkin pemimpin dipilih oleh rakyat hampir di setiap peringkat termasuk
peringkat penguasa tempatan ;
MENGAKUI tentang keperluan kita mengkaji
semula kekuatan dan kelemahan demokrasi Barat dan membahaskan dengan mendalam
mengenai pengertian demokrasi Islam sementara amalan syura, nilai-nilai
rohaniah dan agama boleh memperkaya amalan demokrasi yang sihat ;
MENGINGATKAN bahawa kedudukan politik umat
Islam di rantau ini terdedah kepada manipulasi sistem demokrasi yang tidak
memenuhi sifat demokrasi yang murni, bebas dan adil sebagaimana sepatutnya ;
MENGAMBIL perhatian bahawa wujudnya fenomena
“tirani majoriti” yang mencacatkan matlamat demokrasi untuk memungkin
penyertaan rakyat yang meluas, bebas dan adil
;
MENGAMBIL perhatian bahawa sistem demokrasi
yang kini diamalkan sentiasa terdedah kepada manipulasi kuasa Barat melalui
pelbagai institusi multilateral dunia seperti Bank Dunia , Majlis Keselamatan ,
IMF dan WTO yang mengakibatkan umat Islam tersudut oleh tekanan politik,
ekonomi dan ketenteraan kuasa Barat ;
MEMAHAMI ujudnya pelbagai jenis sistem
demokrasi yang mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri , oleh itu
kewaspadaan umat dan Gerakan Islam untuk mengambil sikap cermat dan
berhati-hati dalam menyertai proses demokrasi hendaklah diamalkan agar umat
tidak dirugikan atas nama demokrasi dan segala istilah dan konsep yang
diutarakan oleh Barat;
MENGINSAFI
betapa menghayati nilai-nilai syura dalam sistem demokrasi memerlukan
proses pendidikan formal dan non-formal disemua lapisan masyarakat;
MENYEDARI media massa memainkan peranan yang
amat besar dalam menentukan amalan demokrasi yang murni atau sebaliknya;
MENGAMBIL perhatian betapa banyak amalan
pemerintah yang kini menyekat dan menghalang perlaksanaan demokrasi contohnya
di Malaysia melalui syarat Aku Janji , mengguna kuasa polis secara tidak wajar
serta campurtangan terhadap institusi kehakiman yang mengakibatkan perlaksanaan
keadilan terjejas.
Maka kami merumuskan bahawa:
1.
Demokrasi Islami perlu
diperkukuhkan dengan:
a. Meletakkan kuasa Allah sebagai
kuasa pemutus mutlak dan kuasa rakyat sebagai pembatas kedua.
b. Mengaplikasikan sistem syura
Islam sebagai asas perubahan sistem demokrasi agar lebih positif; termasuk menyuburkan
dan membenarkan persaingan yang sihat
(daf’un) dengan mematuhi etika nilai akhlaq
yang kental tanpa kompromi,
c. Menyuburkan persekitaran dan
proses penyertaan politik yang adil dengan memastikan ujudnya level playing field agar persaingan
dalam perbedaan berlaku dengan sihat , membina dan saling menhormati ,
d. Mewujudkan kumpulan ahlul halli wal aqdi yang bukan sahaja
layak untuk dipilih dengan kepakaran mereka tetapi juga mempunyai ciri-ciri
kepimpinan Islam yang jelas sejati dan murni ,
e. Memastikan wujudnya ruang untuk bai’ah
politik dalam bentuk pengundian dapat dibuat secara sukarela oleh setiap rakyat
Muslim bukan secara paksaan serta berdasarkan maklumat yang tepat dan benar
f. Menjaminkan agar prinsip ijmak
(permuafakatan), ijtihad yang benar dan mengambil kira maslahah (kepentingan
awam) dijadikan asas dalam amalan demokrasi .
2.
Pemurnian Demokrasi perlu
dilaksanakan dengan berdasarkan:
a. Kesedaran Rakyat untuk terlibat bagi
menentukan masa depan politik dan kepimpinan negara;
b. Penjernihan segala instrumen
serta proses demokrasi dengan cara menghapuskan amalan menindas dan
mendiskriminasi seperti badan SPR yang tidak bebas , membataskan penyertaan
pembangkang melalui mengenakan wang deposit yang tinggi dalam pilihanraya ,
masa kempen yang sengaja disingkatkan untuk menyekat pengaruh lawan, akses kepada
media yang sangat terhad malah memihak secara tidak adil, mengujudkan pengundi
hantu, mengeluarkan daftar pemilih yang penuh keraguan dan kekeliruan, merangka
akta yang menghalang pergerakan pembangkang, manipulasi dalam persempadanan kawasan
pilihanraya, dan tidakwujudnya persaingan yang seimbang dalam pilihanraya.
c. Mengamalkan prinsip perwakilan
sebagai asas demokrasi dengan menggunakan kaedah perwakilan bernisbah (proportionate
representation).
d. Mengujudkan pemisahan antara
kerajaan yang memerintah dan parti politik kerana dalam sistem satu parti , parti politik yang dominan adalah jelas tidak demokratik,
bersifat koersif, berlawanan dengan sifat sejahtera Islam dan menghakis
kebajikan awam.
e. Mengusahakan agar pengembangan
dan pengukuhan gerakan masyarakat madani dapat disuburkan dalam negara-negara
umat Islam sebagai suatu saluran melibatkan masyarakat berpartisipasi aktif
dalam proses membuat keputusan serta mengizinkan ujudnya ruang perbahasan dan
percambahan pemikiran demi mendapatkan ide-ide yang bernas dalam membangunkan
ummah.
3.Dalam usaha
menyelamatkan masa depan umat yang menyertai proses demokrasi , Gerakan Islam Nusantara
dan Asia perlu:
- Memahami kandungan dan tujuhala masa
depan yang dilakar dan dipaksakan oleh
kuasa besar dunia dan negara
negara Imprialis terhadap negara , agama, budaya ,
ekonomi dan politik umat Islam di rantau ini.
- Berusaha meningkatkan kualiti hidup,
politik, ekonomi , budaya ,
teknologi dan
keupayaan pertahanan negara
demi meningkatkan status umat masa kini dan masa depan
- Merumuskan bentuk masa depan yang
ideal , yang lebih adil,
demokratik,
bertamaddun yang membawa kesejahteraan dalam berbagai
dimensi hidup umat
khasnya dan dilapangan dasar ,
sistem dan perlaksanaan pemerintahan amnya.
- Memberi respon yang wajar terhadap
gambaran yang negatif yang ditonjolkan oleh gerakan anti Islam melalui
pendedahan konspirasi mereka kepada umat.
- Mendirikan lembaga-lembaga kajian
strategik dan futuristik umat Islam dipelbagai buah negara umat Islam dan
diperingkat nasional dan serantau yang berperanan mengkaji, memantau dan
menghasilkan kajian dan rumusan masa depan serta modes operandinya yang
terbaik untuk umat .
.
- Meningkatkan kerjasama umat serantau
dengan badan-badan dunia yang
menyeru ke arah kedamaian ,
demokrasi dan keadilan melalui dailog peradaban dan kerjasama antara agama dalam rangka merumuskan
agenda dunia yang lebih adil dan saling
hormat-menghormati.
7.Membina alternatif
kepada politik negara sehingga pengaruhnya dalam menentukan halatuju dan corak
politik negara dapat diperluaskan. Pendekatan menerangkan kepada masyarakat
mengenai kepentingan memilih politik alternatif yang Islamik perlu diusahakan.
8.Mendidik semula fahaman politik murni
di kalangan umat dengan berkesan
disemua lapisan masyarakat.
9.Mempunyai kerangka
agenda politik yang lengkap untuk menyelamatkan umat dari menjadi mangsa kepada
golongan anti Islam yang mahu meminggirkan umat dari arus perdana politik
negara dan politik global.
10.Mampu membina
aktivis yang berkecimpung secara langsung dalam politik pilihanraya agar
mempunyai intergriti yang tinggi untuk menjadi contoh yang dihormati
masyarakat.
11.Membina model semada
diperingkat kualiti individu mahupun diperingkat organisasi supaya gerakan yang
kompeten dapat ditampilkan dengan nilai dan saksiah Islamiah yang terpuji dan
unggul.
12.Berpatisipasi aktif
dalam proses pembangunan negara dan ummah (nation and ummah building) sebagai
sebuah kuasa yang dapat merawat dan mengawal kerosakan sosio-budaya, pemusnahan
alam sekitar, kepincangan ekonomi dan korupsi politik dan pentadbiran negara.
13.Missi Gerakan Islam
untuk membawa perubahan hendaklah dicapai melalui ‘perubahan terancang’ bukan
‘perubahan kebetulan’ atau ‘perubahan spontan’.
14.Memastikan Gerakan
Islam dan parti-parti politik Islam berfungsi sebagai wadah yang berwibawa,
berintegriti, bertangunggjawab, mengamalkan pengurusan yang cekap, gerakerja
yang memberi kesan ke akar umbi masyarakat dan dapat melaksanakan amanah umat dengan
berkesan tatkala diberi mandat untuk memegang kuasa memerintah.
15.Usaha membina dan
mengembangkan jaringan antara sesama organisasi Islam termasuk antara tokoh dan
aktivis Islam hendaklah dilaksanakan
dengan berkesan dan sikap berbaik sangka termasuk menghormati kepelbagaian
uslub hendaklah disuburkan dalam setiap usaha menangani isu umat.
16.Penekanan kepada usaha
mengukuhkan kekuatan ekonomi organisasi Islam agar lebih berdikari dalam gerakerjanya
hendaklah dipergiatkan agar keyakinan umat untuk menjadikan gerakan Islam
sebagai organisasi contoh dapat dipertingkatkan.
17.Golongan mahasiswa
hendaklah digembeleng untuk berperanan menyuburkan demokrasi yang sihat dan
gerakan Islam perlu memberi tumpuan untuk membina kelompok ini sebagai pewaris
perjuangan ummah masa depan.
18.Usaha memperkasakan
gerakan Muslimah dalam usaha menyuburkan partisipasi yang aktif dan berkesan
dalam pembangunan ummah . Demokrasi yang kini disalahguna untuk menjejaskan
status Muslimah perlu ditangani dengan menggiatkan aktivis wanita dengan
berkesan.
Comments